Thursday 18 June 2009

UBAT LELAKI,KOSMETIK DICEMARI BAHAN RACUN Oleh Yusrin Junaidi (Di petik dari Media Permata,Khamis, 18 Jun 2009)

Antara ubat tradisional yang dikesan mengandungi bahan beracun dan dilarang jualannya di negara ini


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan mengenai penarikan balik beberapa produk barangan kosmetik dan ubat-ubatan tradisional oleh pihak berkuasa kawalan ubat-ubatan di negara jiran kerana dicemari bahan beracun.
Semua produk terbabit dikenal pasti mengandungi Sildenafil dan Tadalafil yang digunakan untuk merawat penyakit mati pucuk untuk lelaki tetapi kedua-dua bahan itu boleh berinteraksi dengan ubat lain dan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti menurunkan tekanan darah jika digunakan bersama beberapa jenis ubat anti hipertensi Jenama yang mengandungi Sildenafil dan ditarik balik jualannya itu ialah Kapsul Caligula keluaran PT. Air Madu, Magelang, Kapsul Cobra-X keluaran PT. Ragil Sentosa, Cilacap, Indonesia, Kapsul Hwang Di Shen Dan keluaran Ruifeng Pharmaceutical Co Ltd dan PT Multi Usaha Sentosa, Serbuk Kuat Tahan Lama keluaran PJ Jamu Moro Sihat, Banjar Negara, Kapsul Lak Gao 69 keluaran PJ Jaya Sakti Mandiri, Semarang.
Juga ditarik balik ialah Kapsul Lavaria keluaran PT Rama Farma, Jakarta, Kapsul Maca Gold keluaran PT Paramitra Media Perkasa, Jakarta, Kapsul Okura keluaran PT Herbalindo Sukses Makmur, Otot Madu Sachet keluaran PT Rama Farma, Jakarta dan Kapsul Rama Stamin keluaran PT Rama Farma Jakarta.
Kenyataan juga menyatakan Kapsul Sari Madu keluaran PJ Sari Madu Murni, Kapsul Sunny Zang Wang Xiong Ying keluaran Tibet Yuthong Healthy Product Co Ltd dan PT Cahaya Bioteknology Farmasi, Kapsul Teraza keluaran PT Rama Farma, Jakarta, Kapsul Top One keluaran PJ Paladipa Solo dan Kapsul Urat Perkasa keluaran PJ SM Jaya Cilacap.
Manakala produk yang mengandungi Tadalafil yang diarahkan ditarik balik ialah Kapsul Blue Moon keluaran PT Pacific Healthcare Indonesia, Jakarta Tablet Manovel keluaran Yunnan Pharmaceutical Industrial Co Ltd dan Kunming Zhenhua Pharma Factory/PT Sari Sihat qq. Capung Indah Abadi, Magelang.
Yang juga mengandungi Tadalafil ialah Kapsul Sanomale keluaran PT Pyridam Farma, Cianjur, Kapsul Tripoten keluaran PT Deza Medica, Palembang, Kapsul Zumex keluaran CV Mega Maju Mekar, Jakarta dan Kapsul Stanson keluaran Ty-Healthcare Product Co Ltd/PT Rajawali Sukses Jakarta.
Sementara itu beberapa produk kosmetik yang ditarik balik kerana dicemari dengan agen pemutih kulit Hydroquinone ialah Krim MRC Puteri Salju keluaran CV Ngongoh Cosmetic, Bekasi dan produk Krim Doktor Kayama Whitening Night dan Krim Doktor Kayama Whitening Day keluaran Icyama International Pte Ltd yang didapati mengandungi Merkuri.
Produk kosmetik terbabit yang mengandungi bahan toksik boleh menyebabkan iritasi kulit, kulit kemerahan dan terbakar di bahagian permukaan kulit manakala kosmetik yang mengandungi Merkuri boleh menyebabkan muntah dan pening kepala.
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi yang mengadakan pemantauan selepas pemasaran ke atas produk terbabit mendapati Kapsul Cobra-X dan Kapsul Blue Moon ada dijual di pasaran tempatan.
Kenyataan Kementerian Kesihatan juga menjelaskan tiada sebarang kelulusan dikeluarkan kementerian itu untuk produk berkenaan bagi dijual di Brunei.
Sehubungan itu produk berkenaan tidak dibenarkan diimport dari mana-mana negara jiran dan pengguna yang memiliki produk terbabit dinasihatkan supaya berhenti mengambil atau menggunakannya dan menyerahkan produk berkenaan kepada Kementerian Kesihatan ataupun dihapuskan.
Kementerian Kesihatan juga mengingatkan kepada orang ramai untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan produk terbabit dan jika sesiapa didapati menjual produk berkenaan maka adalah menyalahi undang-undang Negara Brunei Darussalam iaitu Akta Racun 1956 dan boleh dikenakan denda sebanyak $8,000 ataupun penjara selama enam bulan
klik image atau petak kosong bergaris hijau }}}}http://www.brunei-online.com/bb/